SOLUSI CERDAS MENCAPAI KEBAHAGIAAN
Contact Tables

I edited my layout at Bigoo.ws, check out these Myspace Layouts!

Sabtu, 25 April 2009

Menjadi Magnet yang menarik apa yang anda inginkan

Ramai dari kita selalu ingin menarik rezeki, menarik kekayaan, menarik impian atau menarik apa sahaja yang kita inginkan. Seperti anda, saya juga ingin menarik kereta impian saya.

Tetapi, apa yang selalu saya fikirkan adalah, bagaimanakah saya atau anda boleh menarik apa yang kita inginkan dengan mudah kepada kita.

Tahukah anda, bagaimana magnet berfungsi? Atau tentu anda pernah mendengar istilah “medan magnet”.

3829998835.jpg

Besi biasa tidak mempunyai kuasa menarik besi yang lain. Kerana ia tidak membentuk “medan magnet” tersebut. Maksudnya, besi tersebut tidak mengeluarkan atau menghasilkan “kuasa” magnet atau energi tarikan tersebut. Iaitu energi yang sama dengan besi yang ingin ditariknya. Besi akan menjadi magnet apabila terdapat arus magnet yang dialirkan ke besi tersebut.

Jadi asas sains untuk menarik sesuatu benda adalah benda tersebut perlu mengeluarkan atau menghasilkan energi yang akan membentuk medan disekeliling dirinya.

Oleh itu, formula yang ingin saya terangkan pada anda adalah, jika anda ingin menarik kekayaan. Diri anda perlu mengeluarkan atau menghasilkan energi kekayaan tersebut terlebih dahulu. Selagi anda belum memhasilkan medan kekayaan di sekeliling diri anda bagaimanakah anda boleh menarik kekayaan yang anda impiakan?

Begitu juga jika anda ingin menarik pekara2 positif ke dalam kehidupan anda setiap hari. Maka apa formula yang pertama anda perlu lakukan adalah megeluarkan atau menghasilkan medan energi positif di sekeliling diri anda supaya anda akan menjadi magnet yang akan menarik pekara positif tersebut.

3577216366-human.jpg

Jika ini yang anda lakukan, tidak mustahil anda akan menjadi magnet yang mampu menarik apa sahaja yang anda inginkan. Jadi formula asas yang perlu anda ketahui adalah anda mesti megeluarkan atau menghasilkan energi tarikan tersebut sebelum anda dapat menarik benda2 yang anda impikan.

Jadi jika anda ingin menarik sesuatu ke dalam kehidupan anda, anda mestilah mengeluarkan dan menghasilkan energi tersebut bukan menarik sesuatu benda tetapi tidak mengeluarkan terlebih dahulu energi tersebut dari dalam diri anda.